Monday 10 December 2012

USTAZ DI ISTANA

KETIKA kuliah di sudut kota hari minggu lalu, seorang ustaz memberitahu betapa seronoknya dapat undangan ke sebuah kraton. Bukan senang nak masuk kraton. Orang biasa macam ustaz mana boleh pijak lantai kraton begitu sahaja kalau tak ada hal mustahak.
Sudah tentu kedatangannya ke kraton itu untuk berwacana tentang ilmu. Baguslah kalau warga kraton sudah sedar sekarang dan mahu mengundang para ilmuan untuk membeberkan ilmu di kraton.
Itu satu perkara.
Dan ustaz fikir, ia bukanlah acara rasmi, jadi boleh masuk kraton begitu sahaja, lagipun tujuan dia pergi kraton adalah untuk menyampaikan ilmu.
Akan tetapi apa sudah jadi, ustaz ini mengatakan keresah dan risaunya kerana masih ada penasihat di kraton yang mengatakan itu dan ini, anda perlu mengikut peradatan yang telah diperadatkan di kraton.
Kini barulah nyata pada diri ustaz ini. Kraton moden pun masih mahu mengikut draf acuan kraton zaman silam, masih ada bahasa kraton yang berbeza.
Maka sesuatu yang ustaz tidak pernah fikirkan adalah dia kena melakukan semacam sembahan ketika mengadap penghuni kraton.
Bukankah bertentangan dengan jiwa dan keilmuan yang ada? Benarlah, betapa sukarnya hendak masuk kraton jika peradatan masa silam masih diamalkan, makanya majlis ilmu yang dibeberkan di kraton semacam hambar.
Dalam diri ada rasa bersalah kerana kenapa sampai begitu sekali? Selaku orang berilmu ilmunya diperendahkan begitu sekali.
Maka sampai sekarang, sekalipun sudah lama tinggalkan kraton, ustaz masih tertanya-tanya, apakah ustaz lain dan tuk guru lain pun kena buat begitu?
Bagaimana kalau mereka masuk ke kraton bunian? Kraton Puteri Gunung Ledang? Kraton Puteri Mayang Sari? Kraton Puteri Bukit Tujuh dan Puteri Nenek Mukut? []

No comments:

Post a Comment