Sunday 9 December 2012

BUDAK MYNMAR PENJUAL IKAN PINDAH AUSTRALIA

SELALUNYA pagi-pagi sudah kedengaran bunyi tiupan yang sinonim dengan penjual roti di mana-mana sahaja.
Hon itu memang milik penjual roti. Orang dulu sebut roti Benggali meskipun Si Benggali tidak buat roti lagi. Benggali dapat nama.
Di tempat kita, pagi-pagi ada budak Mynmar bunyikan hon macam penjual roti. Dia tidak jual roti, jangan fikir dengar bunyinya langsung nak beli roti. Dia jual ikan dan sayur-sayuran.
Dia datang dengan gerobak dorongnya, kereta sorong ditolak sambil bunyikan hon macam orang jual roti. Ikan apa yang dibawa? Ikan kembung, ikan kerisi, cencaru, tenggiri batang, ayam, sayur-sayur macam biasalah, mana pun sama sahaja.
Pagi ini [Isnin] datang budak Mynmar baru, selalunya budak bernama Yassin yang datang. Tidak pula Syukur yang sudah lama kita kenali. Syukur jual ikan dengan motosikalnya.
"Mana Syukur pergi sudah lama tak datang," tanya salah seorang pelanggan.
"Dia Australia!"
"Wah, Syukur sudah pergi Australia?" sampuk orang lain.
"Kenapa?"
"Kawan saya yang dulu jadi pelukis di Pasar Seni sekarang duduk di Australia, walaupun dia tak kerja kerajaan, dia dapat pencen bulanan di Australia, sedangkan dia warganegara Malaysia, budak Labu Negeri Sembilan," kata orang itu.
Jadi, sudah menjadi impian bebudak Mynmar yang berada di Malaysia, mahu hijrah ke Australia di bawah naungan UNHCR yang mengendalikan masalah pelarian.
Budak Malaysia pun kalau tahu peluang hidup di bumi Australia jauh lebih baik daripada di Malaysia, maka mereka akan pergi ke sana.
Seorang sahabat ketika kerja di Penang dulu, Lim Jee Yuan, yang anaknya study di Australia juga khabarnya merancang nak pindah ke Australia kerana melihat kawannya sudah berada di Brisbane dan hidup nyaman. Mungkin dia ingin ikut jejak Dr Martin Khor yang berada di Jerman sekarang.
Mungkin, penjual ikan yang disangka jual roti Benggali ini juga menyimpan cita-cita untuk hijrah ke Australia suatu ketika nanti. Jika anda memang orang pelarian, anda pun akan ikut jejak Syukur dan orang pelarian Mynmar lainnya.  []

No comments:

Post a Comment